Monday, November 8, 2010

keputusan akhir tahun geografi 2010

Taniah kepada semua murid yang memperoleh gred A dalam final exam baru-baru ini, semoga kecemerlangan ini akan terus bersama anda.

Wednesday, October 20, 2010

aktiviti kelab selepas PMR

hampir 90 peratus mural peta Malaysia ini siap...





Tuesday, October 19, 2010

sajak USMAN AWANG

Akan ku pintal buih-buih
Menjadi tali mengikatmu
Akan ku anyam gelombang-gelombang
Menjadi hamparan ranjang tidurmu

Akan ku tenun awan gemawan
Menjadi selendang menudungi rambutmu
Akan ku jahit bayu gunung
Menjadi baju pakaian malammu
Akan ku petik bintang timur
Menjadi kerongsang menyinari dadamu
Akan ku jolok bulan gerhana
Menjadi lampu menyuluhi rindu oh …

Akan ku rebahkan matari
Menjadi laut malam mu
Menghirup sakar madumu
Kekasih hitunglah mimpi
Yang membunuh realiti
Dengan syurga ilusi …


Monday, October 18, 2010

pelajar-pelajar bersungguh-sungguh melukis peta MALAYSIA bagi menambah ABM di sekolah



semoga peta MALAYSIA ini dapat membantu pelajar-pelajar menguasai soalan berkaitan dengan peta.

aktiviti kelab selepas PMR

Thursday, October 14, 2010

peperiksaan akhir tahun 2010

tingkatan 1;

saya harap semua murid tingkatan satu terutamanya kellas 1UM dan 1UTM membuat banyak ulang kaji dan membaca semua nota dan peta yang diberi. nota dan peta yang diberi sangat berguna dalam peperiksaan akhir tahun ini.

Sunday, August 29, 2010

ujian bulanan 2

secara keseluruhan ujian bulanan 2 bagi tingkatan 1 mempunyai peningkatan..oleh itu, semua murid perlu pastikan peningkatan sentiasa berterusan

putrajaya

keindahan flora

Friday, July 30, 2010

ujian 2 (ogos)

salam satu malaysia...
semoga murid-murid dapat menjawab semua soalan dengan tepat bagi ujian 2 ini. Soalan yang disediakan melibatkan semua tema yang telah dipelajari..kami berharap agar semua murid dapat membuat persediaan lebih awal.

1 malaysia menjana trasfomasi


alhamdulillah kami dapat menyiapkan banting ini selama 1 hari sahaja hasil kerjasama daripada guru penasihat kelab geografi dan ahli-ahlinya...

semangat kerja sama guru dan murid

Thursday, March 11, 2010

antara sudut di papan kenyataan kelab geografi

papan kenyataan kelab geografi 2010



ahli kelab geografi 2010, bolehlah memanfaatkan papan kenyataan ini dengan sering mendapatkan info-info terkini mengenai aktiviti tahunan dan bolehlah memberi sumbangan idea untuk perubahan terkini tentang papan kenyataan kelab geografi ini..

Friday, March 5, 2010

soalan ujian mac

pastikan sumua murid ulang kaji semua bahagian kemahiran yang telah dipelajari untuk persediaan ujian bulan mac ini.saya sebagai wakil guru geografi mengharapkan semua murid dapat menjawab soalan dengan tepat dan mendapat keputusan cemerlang kerana semua soalan yang dikemukakan dari topik-topik yang dipelajari baru-baru ini harap maklum.

Thursday, February 4, 2010

Tuesday, February 2, 2010

Wednesday, January 27, 2010

papan kenyataan

26 januari 2010

Beberapa orang murid dari kelab geografi sekolah telah memceriakan papan kenyatan kelab geografi. kini papan kenyataan tersebut telah bertukar rupa dan semakin ceria

Saturday, January 16, 2010

AJK tertinggi kelab geografi SMKBPJA













kelab geografi SMKBPJA telah ditubuhkan pada 2004, kelab ini banyak menjalankan aktiviti di luar sekolah. Contohnya pada setiap tahun kami akan adakan lawatan bagi menambahkan ilmu pengetahuan kepada ahli kelab.
selamat datang ke bolg cikgu sha, semoga blog ini banyak memberi manfaat kepada semua guru dan murid